Program : Kursus Sembelihan Halal Haiwan Ternakan Peringkat 3 Divisyen Kem Terendak, Melaka
Tarikh : 6 Januari 2021
Lokasi : Kem Terendak, Melaka
Ulasan Program : Program Sembelihan Halal haiwan merupakan anjuran bersama antara bahagian Pengurusan Halal JAIM dan Kem Terendak yang melibatkan 68 orang peserta. Aktiviti program yang diadakan ialah ceramah berkenaan konsep Penyembelihan dalam Islam, Pengurusan Sembelihan Halal dan Sains & Perundangan Veterinar yang disampaikan oleh penceramah dari JAIM dan Jabatan Veterinar negeri Melaka. Praktikal penyembelihan dijalankan bagi memastikan peserta dapat melatih diri melakukan sembelihan dengan cara yang betul mengikut syarak