Sebutharga 1

Sebutharga Membekal dan Menghantar Toner dan Ink Cartridge Untuk Pencetak dan Mesin Faks Bagi Kegunaan di Semua Bahagian Jabatan Agama Islam Melaka bagi Tahun 2021

SEBUTHARGA JAIM/KP/SH/14/2020

 

Sebutharga Adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan berkuatkuasa seperti berikut:

  • No.Perolehan/Sebutharga: JAIM/KP/SH/22/2020
  • Kod Bidang : 020601 (Alat tulis tidak termasuk borang dan semua jenis kertas)
  • Tarikh Tawaran : 3 Disember 2020 (Khamis) hingga 16 Disember 2020 (Rabu)
  1. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai penularan COVID-19, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020 di seluruh negara. Oleh yang demikian, 'Lawatan Tapak' adalah dikecualikan bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.  Kontraktor perlu memastikan dokumen sebut harga yang lengkap perlu disertakan dengan dokumen-dokumen seperti berikut:
  • Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan Malaysia / Sijil Virtual yang lengkap menyatakan kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa;
  • Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa;
  • Salinan Perakuan Pendaftran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise, lengkap bersama dengan senarai pemilik. 

 

  1. Jabatan Agama Islam Melaka tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.  Keputusan sebut harga ini adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  1. Borang sebutharga boleh didapati secara percuma melalui Laman Sesawang JAIM http://www.jaim.gov.my atau aplikasi facebook Jabatan Agama Islam Melaka mulai 3 Disember 2020 (Khamis) hingga 16 Disember 2020 (Rabu).
     
  2. Borang sebut harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterai dan ditulis nombor sebut harga di sebelah kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Melaka, Aras 2, Pusat Islam Melaka, 75400 Bukit Palah, Melaka tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 16 Disember 2020 (Rabu).
     
  3. Adalah diingatkan bahawa kegagalan tuan/puan bagi mematuhi arahan-arahan tersebut boleh menjejaskan pertimbangan terhadap sebut harga tuan/puan
     

Iklan Sebut Harga

Borang Sebut Harga