Jabatan Agama Islam Melaka

PERTANYAAN? TELEFON: +606-333 3333 / 5600 / 5607
  • Peta Laman
  • Aduan dan Maklum Balas
  • Soalan Lazim
  • Utama
  • JAIM
    • Perutusan Pengarah
    • Visi, Misi & Moto
    • Sejarah
    • Fungsi & Strategi
    • Pencapaian Jabatan
    • Majlis Bersama Jabatan
  • Bahagian
    • INFO BAHAGIAN
      • Khidmat Pengurusan
      • Pengurusan Dakwah
      • Penguatkuasaan Syariah
    • INFO BAHAGIAN
      • Pengurusan Halal
      • Pengurusan Masjid
      • Pengurusan Pendidikan
      • Pembangunan Keluarga
    • PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH
      • PAID Alor Gajah
      • PAID Melaka Tengah
      • PAID Jasin
  • Media
    • Galeri Video
  • Muat Turun
    • Borang
    • Dokumen ISO
    • Garis Panduan / Polisi
  • Hubungi Kami
    • Maklumbalas dan Lokasi
    • Direktori Staff JAIM

Info Halal : Senarai Terkini Hotel Pemegang Sijil Halal Malaysia bagi Negeri Melaka

Friday, 03 March 2023 by Siti Zuraidah

Kemaskini : 8 Februari 2023

#pilihlahhalal

#YakiniHalalMalaysia

#DahuluidanDiikuti

#MelakaRESPONSIVE

Read more
  • Published in Pengumuman
No Comments
KENYATAAN MEDIA : Meminimakan Penggunaan Imam/Khatib Jemputan
Tuesday, 07 February 2023 by Siti Zuraidah
Borang Penyertaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Negeri Melaka Tahun 2023
Tuesday, 03 January 2023 by Siti Zuraidah
Borang Penyertaan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Saringan Negeri Melaka 2023
Tuesday, 03 January 2023 by Siti Zuraidah

Kerajaan Negeri Mengumumkan Elaun Pegawai Syarak Melaka Dinaikkan RM50 hingga RM200 Berkuatkuasa Oktober Depan

Thursday, 01 September 2022 by Siti Zuraidah

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kenaikan itu membabitkan 1,100 Pegawai Syarak terdiri daripada imam, bilal, noja dan pengurus jenazah wanita dari 185 buah kariah masjid di seluruh negeri.

Beliau memaklumkan, bagi imam 1 dan imam 2 kenaikan yang diluluskan adalah sebanyak RM50 menjadikan elaun terkini imam 1 adalah RM930 dan imam 2 sebanyak RM920 berbanding RM880 dan RM870 sebelum ini.

Selain itu, kata beliau, kadar elaun terkini bagi bilal dan noja pula ialah sebanyak RM500 setiap bulan, iaitu meningkat RM190 dan RM200 berbanding sebelum ini.

Manakala, elaun pengurus jenazah wanita 1 dan 2 meningkat RM100 menjadikan kadar terkini adalah sebanyak RM300.

“Untuk pengetahuan, di seluruh Negeri Melaka ini, terdapat keseluruhan 185 buah masjid kariah dan kadar bayaran imbuhan Pegawai Syarak Negeri Melaka ini tiada sebarang perubahan sejak tahun 2014 sehingga kini.

“Berikutan itu, Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah bersetuju untuk memberikan kenaikan kadar baharu bagi tahun 2022 ini.

“Jumlah tambahan peruntukan MAIM bagi kenaikan elaun ini adalah berjumlah RM1,531,800 setahun atau RM127,650 sebulan dan jumlah keseluruhan peruntukan MAIM bagi pembayaran imbuhan pegawai syarak tersebut adalah sebanyak RM3,885,000 setahun atau RM323,750 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bual Bicara Ketua Menteri yang disiarkan secara langsung di Melaka FM, hari ini (1 September 2022)

#DahuluidanDiikuti

#MelakaRESPONSIVE

Read more
  • Published in Pengumuman
No Comments

Pekeliling JAIM Bil 2/2022 : Pemakluman Mengenai Kutipan FI Proses Kepada Permohonan Pensijilan Halal Di Negeri Melaka Berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020

Monday, 07 March 2022 by Siti Zuraidah
Pekeliling-HalalDownload
Read more
  • Published in Pengumuman
No Comments

Perintah-perintah Am Bab C (Cuti) Tahun 1974 Pengurusan Kemudahan Cuti Pegawai Perkhidmatan Awam

Friday, 14 May 2021 by jaimgovmy
Read more
  • Published in Pengumuman
No Comments

Hulurkan Sumbangan Anda Bagi COVID-19 di Melaka

Friday, 14 May 2021 by jaimgovmy
Read more
  • Published in Pengumuman
No Comments

Info Berkaitan Novel Coronavirus

Friday, 14 May 2021 by jaimgovmy

Soalan 1: Apakah Coronavirus?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MERS-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Soalan 2: Sejarah Coronavirus sebelum ini, adakah pernah berlaku dan apakah pengalaman KKM menangani masalah ini?

Novel Coronavirus atau 2019-nCoV adalah virus corona yang baru dan KKM sentiasa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini.

KKM dan badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus 2019-nCoV ini, walau bagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV.

Dalam menangani kluster atau wabak jangkitan SARS dan MERS CoV, pematuhan kepada prinsip kesihatan awam yang ketat serta pengawalan jangkitan telah membolehkan kluster atau wabak penyakit tersebut dihentikan. Pihak KKM yakin dengan mengamalkan prinsip yang sama kita akan berjaya menangani kluster jangkitan 2019-nCoV ini.

Soalan 2: Bagaimanakah novel coronavirus 2019 (2019-nCoV) merebak?

Cara penularan Novel Coronavirus (nCoV) masih belum dikenal pasti. Walau bagaimanapun jangkitan daripada manusia kepada manusia yang lain telah disahkan berlaku.

KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Soalan 3: Sekiranya saya memakai penutup mulut dan hidung surgical atau N95, adakah ianya membantu untuk mengurangkan penularan 2019-nCoV?

Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini.

Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ianya lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.

Soalan 4: Apakah gejala-gejala radang paru-paru (pneumonia) 2019-nCoV?

Gejala radang paru-paru (pneumonia) 2019-nCoV adalah demam, batuk dan sukar bernafas.

Soalan 5: Saya mempunyai gejala batuk dan hidung berair. Saya baru balik dari mengembara ke negara-negara yang terdapat kes pneumonia disebabkan jangkitan 2019-nCoV. Perlukah saya pergi ke klinik swasta atau adakah saya perlu pergi ke Jabatan Kecemasan & Trauma hospital Kerajaan?

Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam, atau jangkitan saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair. Sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) apabila anda ke sana.

Soalan 6: Apakah rawatan untuk jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV)?

Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan 2019-nCoV. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.

Soalan 7: Adakah penyakit jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) ini boleh menyebabkan kematian? Apakah pebezaannya dengan SARS?

Novel Coronavirus (2019-nCoV) ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.

Walau bagaimanapun ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Soalan 8: Bolehkah saya mengunjungi negara China?

KKM ingin menyarankan kepada orang ramai yang ingin melawati negara China agar menangguhkan perjalanan kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan.

Dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke China, segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas. Sila maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat bagi memastikan pengesanan awal jangkitan 2019-nCoV.

Soalan 9: Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan 2019-nCoV?

Pengembara ke negara China dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan
  • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.

Soalan 10: Rakan sekerja / rakan sekelas / kawan saya melancong ke China semasa cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Apabila mereka kembali, adakah mereka perlu mengasingkan diri mereka?

Mereka akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia. Sekiranya dikesan demam dengan gejala jangkitan pernafasan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya mereka sihat dan tidak bergejala, mereka akan diberi Home Assessment Tool serta Health Alert Card . Mereka dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan perlu mengawasi kesihatan mereka selama 2 minggu. Sekiranya bergejala, segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan membawa bersama Health Alert Card.

Soalan 11: Apakah peranan agensi pelancongan dalam mengawal penularan jangkitan 2019-nCoV ini?

Agensi pelancongan diminta untuk memaklumkan mengenai situasi terkini kejadian wabak penyakit 2019-nCoV dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh KKM kepada pekerja masing-masing dan pelanggan yang ingin ke Negara China dari semasa ke semasa iaitu :

  • Menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan dari melawati negara China sehingga dimaklumkan kelak.
  • Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
  • Sekiranya lawatan ke Negara China tidak dapat dielakkan, semasa di sana:
  • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
  • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna.
  • Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang ke tanah air
  • Pengembara yang datang dari Negara China perlu dimaklumkan keperluan mengisytiharkan status kesihatan sebelum tiba ke Malaysia. Selain itu prosedur keperluan menjalani perintah Pemantauan dan Pengasingan serta isolasi sekiranya bergejala perlu dijelaskan kepada pelanggan.
  • Memperkasakan pihak agensi dan persatuan pelancongan untuk membuat saringan demam ke atas pengembara dan merujuk mereka ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
  • Pihak agensi pelancongan dan pengurusan fasiliti penginapan dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran termasuk menjalankan disinfeksi.

Soalan 12: Apakah tindakan KKM dalam mencegah dan mengawal penularan penyakit 2019-nCoV ini?

KKM telah memantau situasi wabak jangkitan 2019-nCoV ini secara harian melalui sumber-sumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

  • Membuka Bilik Gerakan nCoV.
  • Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.
  • Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia.
  • Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan isolasi kes di hospital-hospital terpilih.
  • Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.
  • Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.
  • Memantapkan kapabiliti makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus novel ini.
  • Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul.
  • Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan komplikasi mencukupi.
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus nCoV ini melalui media sosial dan media cetak.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan KKM di talian 03 88810200 / 03 88810600 /03 88810700 atau emel ke cprc@moh.gov.my untuk sebarang pertanyaan. Selain itu Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing juga boleh dihubungi (Lampiran 2).

Read more
  • Published in Pengumuman
No Comments

Recent Posts

  • 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗧𝗜𝗟𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗙𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟯𝗠

    Senarai Pemenang Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka 1444H/2023M

    Senarai Pemenang 𝗧𝗢𝗣 𝟱 𝗧𝗶𝗹𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸...
  • Majlis Amanat PJAIM

    Majlis Amanat Ramadan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tahun 2023M/1444H

    🗓️ 22 Mac 2023 (Rabu) ⏰ 3.00 petang 📍 Mini Audi...
  • 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗧𝗜𝗟𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗙𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟯𝗠

    Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2023M

    Disempurnakan Oleh : Tuan Yang Terutama Tun Ser...
  • 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗗𝗜𝗠

    Program Jelajah Madani Sempena Ambang Ramadan Anjuran PAID Jasin dan YADIM

    Penceramah : Ustaz Ahmad Fahim Bin Hj. Rohani, ...
  • 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗜𝗜/𝟮𝟬𝟮𝟯 "𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡"

    Bicara Keluarga Siri 11/2023 “Membina Keluarga Ramadan”

    Anjuran: Jabatan Agama Islam Melaka Majlis Agam...

Recent Comments

    Featured Posts

    • 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗧𝗜𝗟𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗙𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟯𝗠

      Senarai Pemenang Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka 1444H/2023M

      0 comments
    • Majlis Amanat PJAIM

      Majlis Amanat Ramadan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tahun 2023M/1444H

      0 comments
    • 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗧𝗜𝗟𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗙𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟯𝗠

      Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2023M

      0 comments
    • 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗜𝗗 𝗝𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗗𝗜𝗠

      Program Jelajah Madani Sempena Ambang Ramadan Anjuran PAID Jasin dan YADIM

      0 comments
    • 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗜𝗜/𝟮𝟬𝟮𝟯 "𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡"

      Bicara Keluarga Siri 11/2023 “Membina Keluarga Ramadan”

      0 comments

    Archives

    • March 2023
    • February 2023
    • January 2023
    • December 2022
    • November 2022
    • October 2022
    • September 2022
    • August 2022
    • March 2022
    • May 2021
    • April 2021

    Categories

    • Berita
    • Pengumuman

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    GET A FREE QUOTE

    Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

    ABMS-LOGO

    HUBUNGI KAMI

    Jabatan Agama Islam Melaka
    Aras 2, Bahagian Khidmat Pengurusan,
    Pusat Islam Melaka
    75400 Melaka

    T (606) 333 3333 / 5600 / 5607
    T (606) 333 3333
    Email:
    jaim@melaka.gov.my

    Open in Google Maps

    WAKTU OPERASI

    Isnin – Khamis
    7.30 pagi – 1.00 petang
    2.00 petang – 6.00 petang

    Jumaat
    7.30 pagi – 12.15 tghari
    2.45 petang – 6.00 petang

    • Dasar Keselamatan dan Privasi
    • Penafian
    • GET SOCIAL
    Jabatan Agama Islam Melaka

    © 2023 All rights reserved. Jabatan Agama Islam Melaka.
    Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Safari dan Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768 pixels.

    TOP
    MyGov Portal

    Dasar Privasi

    Bilangan Ketibaan Pelancong Mengikut Negara