Maklumat Bahagian
MUHAMMAD MAWARDI BIN SHAFAI
Ketua Agama Islam Melaka
Pejabat Agama Islam Daerah Jasin
Pejabat Agama Islam Daerah Jasin, 77000 Jasin, Melaka
No Telefon : 06-529 1277
No Faks : 06-529 1744
Objektif Bahagian
- Mengambil langkah-langkah tertentu untuk membolehkan umat islam memahami ,mengikuti dan menghayati ajaran agama islam seperti terkandung dalam al-quran dan as-sunnag melalui aktiviti-aktiviti penerangan dan dakwah meliputi ceramah, kursus dan bimbingan.
- Meningkatkan kedahaman masyarakat islam mengenai pembangunan kekeluargaan melalui kursus, ceramah dan khidmat nasihat
- Membantu memaju, mendorong dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosial, dan kebudayaan masyarakat islam di daerah
- Menguatkuasakan segala undang-undang yang berkaitan
Fungsi Bahagian
- Menguruskan pentadbiran kewangan dan perkhidmatan organisasi
- Menyediakan kemudahan pendidikan agama dan akademik kpd pelajar dari peringkat tadika, sekolah rendah agama, sekolah rendah arab, dan sekolah menengah agama
- Menyediakan perkhidmatan kekeluargaan seperti nikah, cerai , rujuk dan bimbingan kekeluargaan kepada penduduk
- Menguatkuasakan enakmen pentadbiran dan kekeluargaan islam negeri Melaka
- Menjalankan pendakwaan ke aras orang yang dituduh melakukan kesalahan di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri Melaka
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program dakwah islam
- Menyelaras pengurusan masjid dan surau
- Memantau dan mengambil tindakan mencegah ajaran sesat
- Mengurus dan menyelaras pentadbiran agama islam peringkat daerah
Piagam Pelanggan
- Surat Perakuan Ruju' disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh pendaftaran ruju' dibuat
- Sijil Perakuan Temuduga Perkahwinan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) jam selepas lulus temuduga
- Surat Perakuan Penceraian disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima dan diserahkan selepas tamat tempoh iddah isteri
- Permohonan pemeriksaan daftar (carian) dan salinan Catatan Daftar Nikah, Cerai & Ruju' disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
- Surat panggilan temujanji pertama sesi rundingcara keluarga dalam tempoh 10 hari bekerja dari permohonan yang diterima
- Mengadakan program-program Dakwah untuk meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat
- Melaksanakan tindakan, operasi dan gerakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh maklumat kesalahan syariah diterima
- Proses pendaftaran pelajar ke Tadika JAIM dan SRA JAIM secara atas talian melalui Electronic Registration & Result System (eRS) dibuka mulai 01 Mac sehingga 31 Oktober setiap tahun
- Teks khutbah diedarkan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh bacaan khutbah melalui pelbagai saluran sama ada laman sesawang JAIM, media sosial atau di Pejabat Agama Islam Daerah
- Siasatan ke atas aduan mengenai penyelewengan akidah dan bahan-bahan penerbitan / gunaan / perhiasan berunsur Islam mula dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima
- Tuntutan bulanan elaun mengajar kelas takmir diterima sehingga lima (5) hari bulan pada bulan berikut
- Pelanggan dilayan dalam tempoh 15 minit