Maklumat Bahagian
AB. KHAWI BIN CHE ABDUL RAHMAN
Ketua Bahagian
Bahagian Pengurusan Pendidikan
Lot 43-45, Jalan Kpaa 2, Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Palah 75150 Melaka
No Telefon : 06-288 2040
No Faks : 06-2827916
Objektif Bahagian
Menyediakan sistem pendidikan agama yang dapat melahirkan ummah yang bertakwa dan berakhlak mulia
Sektor Pengurusan Sekolah
- mengujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah agama negeri yang sistematik, kondusif dan berkesan.
Sektor Pengurusan Akademik
- Membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran yang ada dalam kurikulum JAIM, kurikulum bersepadu Sek. Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
- Mempertingkatkan prestasi pancapaian pelajar dalam sekolah peperiksaan yang dikendalikan oleh JAIM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sektor Pengurusan Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
- Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
- Mewujudkan suasana asrama yang kondusif
- Membentuk pelajar-pelajar yang berketerampilan dalam bidang kokurikulum
- Mewujudkan sistem pengurusan pelajar yang teratur dan berkesan
- Melahirkan anggota perkhidmatan pendidikan yang cemerlang
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
- Mewujudkan sistem pentadbiran, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan cekap dan teratur
Fungsi Bahagian
Sektor Pengurusan Sekolah
- Merancang , menyelaras dan memantau institusi pendidikan agama negeri.
- Menyelaras keperluan guru, kelas dan peralatan sekolah.
- Menguruskan permohonan pendaftaran sekolah agama swasta
- Menguatkuasakan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Melaka
- Menyelaras pentadbiran dan aktiviti PIBG dan LEKAS.
- Menyelaras pengurusan pentadbiran dan kewangan sekolah-sekolah agama negeri.
- Menyelaras peraturan sekolah dan disiplin pelajar.
- Mengadakan kursus asas guru-guru sekolah agama.
- Menguruskan penempatan dan pertukaran guru-guru sekolah agama.
Sektor Pengurusan Akademik
- Menyedia dan mengemaskini kurikulum sekolah agama negeri.
- Memantau pelaksanaan kurikulum yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
- Menguruskan peperiksaan di bawah kurikulum agama.
- Menyelaras urusan peperiksaan kurikulum akademik.
- Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
- Menyelia pengurusan pusat sumber sekolah.
- Merancang dan melaksanakan latihan guru-guru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan dan mengemaskini senarai buku teks kurikulum agama dan akademik.
- Merancang dan menyelaras program kecemerlangan pelajar.
Sektor Pengurusan Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
- Mengurus perkara berkaitan hal ehwal murid dan pelajar merangkumi urusan pengambilan pelajar baru, pertukaran sekolah, disiplin, bimbingan dan kaunseling, kesihatan, kebajikan, biasiswa dan asrama.
- Mengurus hal ehwal berkaitan aktiviti ko-kurikulum merangkumi persatuan pelajar, pasukan pakaian seragam dan sukan serta menyelaras kursus untuk kecemerlangan pembelajaran dan kepimpinan pelajar.
- Merancang , menyelaras dan mengurus kursus dan latihan untuk guru-guru dan bukan guru.
- Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan peraturan sekolah dan asrama.
- Mengurus perlantikan kontraktor membekal makanan bermasak asrama dan kantin sekolah serta menyelia dan memantau pembekalan makanan bermasak asrama dan kantin sekolah.
- Memantau dan menyelaras keperluan peralatan dan kemudahan asrama.
- Merancang dan menyelaras pengurusan SPBT akademik dan arab sekolah menengah dan rendah arab.
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
- Urusetia mesyuarat Ketua Sektor dan Jawatankuasa Pendidikan MAIM.
- Mengurus pentadbiran pejabat, surat dan fail bahagian.
- Menyelaras penyediaan belanjawan tahunan bahagian pendidikan.
- Mengurus perbelanjaan peruntukan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek-projek baru dan pembaikan bangunan sekolah.
- Menyelaras dan mengurus pengambilan guru dan bukan guru bertaraf kontrak atau sambilan.
- Mengurus hal ehwal perkhidmatan kakitangan bahagian.
- Menyedia dan mengemaskini maklumat asas bahagian.
Piagam Pelanggan
Memastikan proses pendaftaran SRA JAIM dan Tadika JAIM secara atas talian ERS dibuka pada 1 April hingga 31 Ogos setiap tahun
- Sekolah Pondok Swasta
- Sekolah Menengah Agama Swasta
- Sekolah Rendah Agama Swasta
- Sekolah Tahfiz Swasta
- SRA JAIM Melaka Tengah
- SRA JAIM Alor Gajah
- SRA JAIM Jasin