
?️ Tarikh : 7 Februari 2023 (Selasa)
? Tempat : Sekitar Daerah Alor Gajah
Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dengan kerjasama QSR Brands Sdn. Bhd telah menganjurkan satu program Ziarah Kasih “Tua Dihormati, Muda Disayangi” bagi menyantuni kelompok komuniti dalam usaha mendekatkan dengan agensi agama dan menggalakkan kelompok komuniti menambah ilmu pengetahuan dalam bidang agama khususnya tanggungjawab Solat. Selain itu, program ini juga membantu memperkembang syiar Islam kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sesi taaruf dan perkongsian,
Penyampaian Kit Keperluan Solat, Keperluan Harian dan Sumbangan Tunai.
Klik untuk laporan bergambar di Facebook JAIM
#DahuluidanDiikuti
#MelakaRESPONSIVE