PENGURUSAN MASJID

MOHD FAUZI BIN IBRAHIM
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid

Kompleks Al-Azim, 75150 Jalan Bukit Baru, Melaka

No Telefon : 06-288 2640
No Faks : 06-283 9400

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Mengatur dan memperkemaskan fungsi masjid Negeri Melaka
  • Mengatur dan melaksakan aktiviti pengimarahan masjid-masjid seluruh Negeri Melaka
  • Mentadbirkan Kompleks Masjid Al-Azim agar selaras dengan fungsinya sebagai Masjid Negeri

FUNGSI BAHAGIAN

  • Menguruskan Perlantikan dan Penamatan Pegawai Syarak Negeri Melaka
  • Menguruskan Perlantikan Jawatankuasa Masjid dan Surau Negeri Melaka
  • Menguruskan Permohonan Pembinaan dan Pembaikan Masjid dan Madrasah Negeri Melaka
  • Menyelesaikan dan menyiasat Aduan Pengurusan Masjid dan Madrasah
  • Menguruskan Pemilihan Anugerah dan Menunaikan Haji untuk Pegawai Syarak
  • Menguruskan Khutbah Jumaat dan Dua Hari Raya
  • Mengaturkan Kursus Peningkatan Ilmu dan kemahiran kepada Pegawai Syarak dan Jawatankuasa Masjid
  • Menguruskan Pentadbiran Masjid Al-Azim
  • Mengadakan Kelas dan Kursus untuk Jemaah Masjid Al-Azim

PIAGAM PELANGGAN

Proses pembayaran imbuhan / elaun mengajar program takmir dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja

  • Imam : setelah surat pengesahan diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Bilal, Noja dan Pengurusa Jenazah Wanita : setelah Borang Profail Pegawai Masjid yang lengkap diterima
  • Guru Takmir : setelah borang permohonan yang lengkap diterima
TOP