Maklumat Bahagian

IKRAAM BIN ROSLI
Ketua Penolong Pengarah, Khidmat Pengurusan

Aras 2, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Melaka, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah ,75400, Melaka

No Telefon : 06-3333333 samb 5600
No Faks : 06-2834060

Objektif Bahagian

Mewujudkan pengurusan pentadbiran, pembangunan sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat dan pembangunan yang telus, efisien dan berkesan dengan:
  • Memastikan Unit Pentadbiran memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua anggota / Bahagian Jabatan Agama Islam Melaka.
  • Membangunkan Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Agama Islam Melaka Menuju Ke Arah Kecemerlangan Di Dalam Perkhidmatan Untuk Kemajuan Negara.
  • Mewujudkan ciri-ciri Profesionalisme dalam diri setiap guru-guru JAIM.
  • Melahirkan guru-guru JAIM yang berintegriti, berwawasan,kompeten, berilmu, berakhlak dan mesra pelanggan.
  • Melahirkan guru-guru JAIM yang kreatif dan inovatif.
  • Membangunkan infrastuktur pendidikan dan keagamaan yang telah dirancang dengan kos yang efektif.
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan dan keagamaan yang mencukupi, lengkap, dan selesa bagi memenuhi keperluan keagamaan dan pendidikan Negara.
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada bahagian-bahagian JAIM untuk meningkatkan prestasi pengurusan.
  • Memberi pendedahan bagi meningkatkan kesedaran terhadap peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  • Sentiasa bersedia memberi nasihat teknikal sama ada secara langsung atau melalui Jawatankuasa.
  • Menyediakan kemudahan peralatan mengikut keperluan untuk meningkatkan produktiviti dengan mengambil kira teknologi semasa.
  • Memastikan Pengurusan Kewangan dan Akaun ,Unit Kewangan Berjalan lancar, tepat, efisyen serta mengekalkan perbelanjaan surplus bertetapan dengan polisi Kerajaan Negeri Melaka.

Fungsi Bahagian

Untuk menjalankan fungsi-fungsi berikut:
  • Pengurusan Pentadbiran Jabatan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Perkhidmatan Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Hal Ehwal Pembangunan Yang Berkaitan Dengan Jabatan

Piagam Pelanggan

  • Menyelesaikan bayaran tuntutan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dengan syarat dokumen tidak kuiri
  • Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh tiga (3) hari bekerja 
  • Jawapan permohonan perolehan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diluluskan
  • Tindakan pertama aduan penyelenggaraan komputer di buat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima
TOP