Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan  serta   mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah    dikemukakan  kepada  JPA  untuk  kelulusan.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

Senarai Wakil Pekerja MBJ JAIM 2020/2021

Bil. Nama Jawatan Jawatan
1 Encik Muhamad Adib bin Hatim Pengerusi
2 Puan Nursheha binti Mohd Hadzri Timbalan Pengerusi
3 Encik Mohd Arif Rahimi bin Md Sakih Wakil Pekerja Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41
4 Encik Shahrir Asraf bin Datuk Hj. Azmi Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana Gred 29/32
5 Encik Ismail bin Md Yatim Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Gred N/S/W 22/26
6 Encik Nur Afifudin bin Mustapah Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Gred W19
7 En. Mohd Zahid bin Md. Ali Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana Gred N/FT/J19
8 Puan Norashikin binti Harun Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana Gred S19
9 Puan Rabeahtul Adawiyah binti Ab Jabbar Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Daerah Melaka Tengah Gred 19
10 Puan Siti Noorfauzah binti Abu Bakar Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Daerah Alor Gajah Gred 19
11 Cik Ifah Syahindah binti Mansor Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Daerah Jasin Gred 19
12 Encik Muhammad Uzair Kamil bin Saidi Wakil Penyelia (Diniyyah)
13 Puan Rosnah binti Jabar Wakil Penyelia (SRA)
14 Encik Afham bin Mohd Sharif Wakil Penyelia (Tadika)
15 Encik Noridzuan bin Mohamad Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana (Pembantu Operasi)
16 Encik Muhammad Ridhwan bin Zakaria Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana (Pemandu)
17 Puan Syaza Abrizah binti Md Jani Setiausaha
TOP