PAID JASIN

MUHAMMAD MAWARDI BIN HJ SHAFAI
Ketua Agama Islam Melaka
Pejabat Agama Islam Daerah Jasin

Pejabat Agama Islam Daerah Jasin, 77000 Jasin, Melaka

No Telefon : 06-529 1277
No Faks : 06-529 1744

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Mengambil langkah-langkah tertentu untuk membolehkan umat Islam memahami ,mengikuti dan menghayati ajaran agama Islam seperti terkandung dalam al-Quran dan as-sunnah melalui aktiviti-aktiviti penerangan dan dakwah meliputi ceramah, kursus dan bimbingan.
  • Meningkatkan kedahaman masyarakat islam mengenai pembangunan kekeluargaan melalui kursus, ceramah dan khidmat nasihat
  • Membantu memaju dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosial, dan kebudayaan masyarakat Islam di daerah
  • Menguatkuasakan segala undang-undang yang berkaitan

FUNGSI BAHAGIAN

  • Menguruskan pentadbiran kewangan dan perkhidmatan organisasi
  • Menyediakan kemudahan pendidikan agama dan akademik kpd pelajar dari peringkat tadika, sekolah rendah agama, sekolah rendah arab, dan sekolah menengah agama
  • Menyediakan perkhidmatan kekeluargaan seperti nikah, cerai , rujuk dan  bimbingan kekeluargaan kepada penduduk
  • Menguatkuasakan enakmen pentadbiran dan kekeluargaan islam negeri Melaka
  • Menjalankan pendakwaan ke aras orang yang dituduh melakukan kesalahan di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri Melaka
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program dakwah islam
  • Menyelaras pengurusan masjid dan surau
  • Memantau dan mengambil tindakan mencegah ajaran sesat
  • Mengurus dan menyelaras  pentadbiran agama islam peringkat daerah

PIAGAM PELANGGAN

  • Surat Perakuan Ruju' disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh pendaftaran ruju' dibuat Sijil Perakuan Temuduga Perkahwinan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) jam selepas lulus temuduga
  • Surat Perakuan Penceraian disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima dan diserahkan selepas tamat tempoh iddah isteri
  • Permohonan pemeriksaan daftar (carian) dan salinan Catatan Daftar Nikah, Cerai & Ruju' disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
  • Surat panggilan temujanji pertama sesi rundingcara keluarga dalam tempoh 10 hari bekerja dari permohonan yang diterima
  • Mengadakan program-program Dakwah untuk meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat
  • Melaksanakan tindakan, operasi dan gerakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh maklumat kesalahan syariah diterima
  • Proses pendaftaran pelajar ke Tadika JAIM dan SRA JAIM secara atas talian melalui Islamic Education Management System (IEMS) dibuka mulai 01 Mac sehingga 31 Oktober setiap tahun
  • Teks khutbah diedarkan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh bacaan khutbah melalui pelbagai saluran sama ada laman sesawang JAIM, media sosial atau di Pejabat Agama Islam Daerah
  • Siasatan ke atas aduan mengenai penyelewengan akidah dan bahan-bahan penerbitan / gunaan / perhiasan berunsur Islam mula dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima
  • Tuntutan bulanan elaun mengajar kelas takmir diterima sehingga lima (5) hari bulan pada bulan berikut
  • Pelanggan dilayan dalam tempoh 15 minit
TOP