Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka
Monday, 06 January 2025
Sesi perjumpaan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat bersama barisan Ketua Penolong Pengarah bertempat di Bilik Mesyuarat Khidmat Pengurusan.
Dalam sesi ini, YBhg. Datuk telah menyampaikan amanat penting dan berkongsi visi serta misi beliau dalam menerajui Jabatan Agama Islam Melaka.
Beliau menekankan kepentingan kerjasama, profesionalisme, dan keberkesanan perkhidmatan dalam memenuhi aspirasi jabatan serta masyarakat Islam di negeri Melaka.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan yang cemerlang bagi mengukuhkan kecemerlangan JAIM di bawah pimpinan YBhg. Datuk.
- Published in Berita
No Comments