Maklumat Bahagian
IKRAAM BIN ROSLI
Ketua Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 2, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Melaka, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah ,75150, Melaka
No Telefon : 06-3333333 samb 5600
No Faks : 06-2834060
Objektif Bahagian
Mewujudkan pengurusan pentadbiran, pembangunan sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat dan pembangunan yang telus, efisien dan berkesan dengan:
- Memastikan Unit Pentadbiran memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua anggota / Bahagian Jabatan Agama Islam Melaka.
- Membangunkan Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Agama Islam Melaka Menuju Ke Arah Kecemerlangan Di Dalam Perkhidmatan Untuk Kemajuan Negara.
- Mewujudkan ciri-ciri Profesionalisme dalam diri setiap guru-guru JAIM.
- Melahirkan guru-guru JAIM yang berintegriti, berwawasan,kompeten, berilmu, berakhlak dan mesra pelanggan.
- Melahirkan guru-guru JAIM yang kreatif dan inovatif.
- Membangunkan infrastuktur pendidikan dan keagamaan yang telah dirancang dengan kos yang efektif.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan dan keagamaan yang mencukupi, lengkap, dan selesa bagi memenuhi keperluan keagamaan dan pendidikan Negara.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada bahagian-bahagian JAIM untuk meningkatkan prestasi pengurusan.
- Memberi pendedahan bagi meningkatkan kesedaran terhadap peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
- Sentiasa bersedia memberi nasihat teknikal sama ada secara langsung atau melalui Jawatankuasa.
- Menyediakan kemudahan peralatan mengikut keperluan untuk meningkatkan produktiviti dengan mengambil kira teknologi semasa.
- Memastikan Pengurusan Kewangan dan Akaun ,Unit Kewangan Berjalan lancar, tepat, efisyen serta mengekalkan perbelanjaan surplus bertetapan dengan polisi Kerajaan Negeri Melaka.
Fungsi Bahagian
Untuk menjalankan fungsi-fungsi berikut:
- Pengurusan Pentadbiran Jabatan
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Perkhidmatan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Hal Ehwal Pembangunan Yang Berkaitan Dengan Jabatan
Piagam Pelanggan
- Menyelesaikan bayaran tuntutan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dengan syarat dokumen tidak kuiri
- Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
- Jawapan permohonan perolehan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diluluskan
- Tindakan pertama aduan penyelenggaraan komputer di buat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima