Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan  serta   mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah    dikemukakan  kepada  JPA  untuk  kelulusan.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

Senarai Wakil Pekerja MBJ JAIM 2020/2021

Bil. Nama Jawatan
1 Encik Ameil Firdaus bin Razali Pengerusi
2 Puan Hazirah binti Isa Timbalan Pengerusi
3 Encik Ammin bin Azmi Wakil Pekerja Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41
4 Encik Mohd Arif Ariffin bin Abu Bakar Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana Gred S36/32/29
5 Puan Norazreen binti Abu Bakar Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana Gred N/S/W/22/26
6 Encik Mohd Noorazli bin Mohd Anuar Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Gred W19
7 Puan Noraisa binti Ismail Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana Gred 19 – N/FT/J
8 Encik Muhammad Azizi bin Zainol Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana Gred S19
9 Puan Norsulianaeliani binti Abd Wahab Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Gred 19 – KAID Melaka Tengah
10 Puan Aminah binti Daud Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Gred 19 – KAID Alor Gajah
11 Encik Abdul Hamid bin Masli Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Gred 19 – KAID Jasin
12 Puan Ismajuana binti Ismail Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan Pelaksana (Wakil Diniyah)
13 Encik Suhoffpi bin Mohamad Wakil Pekerja (SRA)
14 Puan Rabi’atul Adawiyyah binti Aziz Wakil Pekerja (Tadika)
15 Encik Mohd Faizal bin Md Isa Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana (Pembantu Operasi)
16 Encik Yurazip bin Mohd Yunos Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana (Pemandu)
17 Puan Siti Halijah binti Hashim Setiausaha
TOP