HUZAILAN BIN HAMZAH Ketua Agama Islam Daerah Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah
Kompleks Agama Dan Mahkamah Syariah,78000 Alor Gajah Melaka
No Telefon : 06-556 1254 No Faks : 06-556 1197
OBJEKTIF BAHAGIAN
Mengambil langkah-langkah tertentu untuk membolehkan umat islam memahami ,mengikuti dan menghayati ajaran agama islam seperti terkandung dalam al-quran dan as-sunnag melalui aktiviti-aktiviti penerangan dan dakwah meliputi ceramah, kursus dan bimbingan.
Meningkatkan kedahaman masyarakat islam mengenai pembangunan kekeluargaan melalui kursus, ceramah dan khidmat nasihat
Membantu memaju dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosial, dan kebudayaan masyarakat islam di daerah
Menguatkuasakan segala undang-undang yang berkaitan
FUNGSI BAHAGIAN
Menguruskan pentadbiran kewangan dan perkhidmatan organisasi
Menyediakan kemudahan pendidikan agama dan akademik kpd pelajar dari peringkat tadika, sekolah rendah agama, sekolah rendah arab, dan sekolah menengah agama
Menyediakan perkhidmatan kekeluargaan seperti nikah, cerai , rujuk dan bimbingan kekeluargaan kepada penduduk
Menguatkuasakan enakmen pentadbiran dan kekeluargaan islam negeri Melaka
Menjalankan pendakwaan ke aras orang yang dituduh melakukan kesalahan di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri Melaka
Merancang, menyelaras dan melaksanakan program dakwah islam
Menyelaras pengurusan masjid dan surau
Memantau dan mengambil tindakan mencegah ajaran sesat
Mengurus dan menyelaras pentadbiran agama islam peringkat daerah
PIAGAM PELANGGAN
Surat Perakuan Ruju' disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh pendaftaran ruju' dibuat
Sijil Perakuan Temuduga Perkahwinan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) jam selepas lulus temuduga
Surat Perakuan Penceraian disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima dan diserahkan selepas tamat tempoh iddah isteri
Permohonan pemeriksaan daftar (carian) dan salinan Catatan Daftar Nikah, Cerai & Ruju' disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
Surat panggilan temujanji pertama sesi rundingcara keluarga dalam tempoh 10 hari bekerja dari permohonan yang diterima
Mengadakan program-program Dakwah untuk meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat
Melaksanakan tindakan, operasi dan gerakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh maklumat kesalahan syariah diterima
Proses pendaftaran pelajar ke Tadika JAIM dan SRA JAIM secara atas talian melalui Islamic Education Management System (IEMS) dibuka mulai 01 Mac sehingga 31 Oktober setiap tahun
Teks khutbah diedarkan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh bacaan khutbah melalui pelbagai saluran sama ada laman sesawang JAIM, media sosial atau di Pejabat Agama Islam Daerah
Siasatan ke atas aduan mengenai penyelewengan akidah dan bahan-bahan penerbitan / gunaan / perhiasan berunsur Islam mula dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima
Tuntutan bulanan elaun mengajar kelas takmir diterima sehingga lima (5) hari bulan pada bulan berikut